26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Kerajaan Perpaduan berazam majukan Kelantan jika menang PRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan berazam untuk memajukan Kelantan sekiranya berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadapan ribuan hadirin Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Machang.

“Sebelum mengakhiri lawatan ke Kelantan, saya sempat menghadiri Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Machang.

“Di hadapan ribuan hadirin, saya maklumkan, Kerajaan Perpaduan berazam untuk memajukan Kelantan sekiranya berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

“Sayugia, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri amat penting dalam memastikan kebajikan rakyat terus terjaga dan terbela,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Advertisements

Anwar berkata, inilah masanya untuk rakyat Kelantan perlu bangkit, percaya dan yakin dengan hasil kerja yang dilakukan Kerajaan Perpaduan demi kemajuan mereka.

Kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh Pas sejak tahun 1990 antara enam negeri akan mengadakan PRN secara serentak pada 12 Ogos ini.

Negeri lain akan memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing dalam PRN tersebut adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.  – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan