27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Vingegaard dinobat juara Tour de France

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JONAS Vingegaard mengakul kejuaraan Tour de France untuk tahun kedua berturut-turut selepas jauh meninggalkan pencabar terdekat, Tadej Pogacar dengan kelebihan lebih tujuh minit.

Pada perlumbaan terakhir malam tadi, pelumba Belgium, Jordi Meeus muncul juara perlumbaan ke-21 itu namun tidak merubah kedudukan Vingegaard untuk menjuarai kejohanan berprestij itu.

Sementara itu, pelumba kembar dari United Kingdom, Adam dan Simon Yates menamatkan saingan dikedudukan ketiga dan keempat keseluruhan.

Pogacar bagaimanapun mengekalkan jersi putih Maillot Blanc selaku pelumba muda bawah 25 tahun terbaik Tour de France.

Jaguh bukit dengan jersi bintik merah-putih kekal menjadi milik pelumba Lidl-Trek dari Itali, Giulio Ciccone selepas mengutip 106 enam mata, meninggalkan pelumba di tempat kedua, Felix Gall yang merekodkan 92 mata.

Advertisements

Pelumba Alapecin-Deceuninck, Jaspe Philipsen pula unggul dengan jersi hijau Maillot Vert selaku raja pecut dengan apabila mengutip 377 mata keseluruhan.

Pasukan berpangkalan di Belanda, Jumbo-Visma pula dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori pasukan diikuti UAE Team Emirates yang ketinggallan 13 minit 49 saat dan Ineos Grenadiers (27’38”).

Vingegaard yang kekal dengan jersi kuning menang tujuh peringkat Tour de France.

Hanya lapan pelumba pernah menang tiga atau lebih kejohanan Tour De France dan pada usia 26 tahun, Vingegaard mampu menyamai rekod tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan