25 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Kenyataan seksis: Rara lapor polis terhadap pempengaruh

Mesti Baca

AHLI Parlimen Bentong, Young Syefura Othman membuat laporan polis terhadap seorang pempengaruh kerana mengeluarkan kata-kata bersifat seksis dan gangguan terhadap beliau.

Menurut seorang pegawai Ahli Parlimen yang mesra dipanggil Rara itu, Noor Suhana Ishak, laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong petang ini.

Beliau berkata, pempengaruh tersebut telah membuat kenyataan sedemikian menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun media sosialnya hari ini.

“Apa yang diucapkan oleh pempengaruh tersebut adalah satu jenayah menurut Akta Anti Gangguan Seksual dan kami tidak akan bersimpati dengan mereka yang melakukan jenayah.

“Kami tidak akan menerima apa sahaja permohonan maaf daripada pempengaruh tersebut,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Advertisements

Pempengaruh tersebut dikatakan telah menyentuh hal-hal berkaitan cara berpakaian Rara ketika menyampaikan ceramah dalam Jelajah Madani Peringkat Negeri Kedah di Yan, kelmarin.

Noor Suhana berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan apa sahaja perilaku biadab dan seksis terhadap sesiapa sahaja terutamanya membabitkan Rara.

Katanya, sebagai seorang pempengaruh dalam media sosial lelaki berkenaan sepatutnya menunjukkan sahsiah yang baik dan mengajak pengikutnya ke jalan kebaikan.

“Beliau sepatutnya bijak menilai dan berfikir, bukan hanya mengejar FYP (For Your Page) atau clout yang kemudiannya mendedahkan kedangkalan beliau,” katanya.

Tinjauan Edisi 9 ke akaun media sosial pempengaruh tersebut mendapati rakaman video berkeaan telah dipadamkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan