26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Dr Noor Hisham tiup kata-kata semangat buat petugas hadapan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

Demikian bingkisan kata-kata semangat dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah buat ‘anak-anak buahnya’ yang kini berdepan tugasan getir memerangi pandemik Covid-19.

NOOR HISHAM ABDULLAH – Foto Bernama

Menerusi catatan Facebook beliau pagi ini, Dr Noor Hisham berkongsikan petikan ayat Al- Insyirah:6 yang ditujukan kepada semua petugas kesihatan di barisan hadapan dan di sebalik tabir.

Menurutnya, beliau berharap semua petugas kesihatan barisan hadapan agar sama-sama kekalkan usaha bersungguh-sungguh memerangi penularan Covid-19 dalam negara khususnya di negeri Sabah. 

“Kita juga perlu mencegah penularan secara proaktif dan “preemptive” selain mengambil tindakan kesihatan awam di lapangan serta merawat pesakit di hospital dan PKRC. 


“Sebelum kita berjuang setiap hari pasangkan niat kita nawaitu kita berkhidmat demi Allah SWT dan InsyaAllah akan dipermudahkan dan dilindungi InsyaAllah. 

Advertisements


“Bertabah dan bersabarlah dengan tugasan kita, negara bergantung kepada kita. Kita adalah barisan harapan negara. Sesungguhnya sesudah kesulitan ini ada kemudahan InsyaAllah,” tulisnya.

Hantaran Dr Noor Hisham itu dipercayai ada kaitan dengan peningkatan kes positif harian Covid-19 di negara ini yang memasuki gelombang ketiga.

Semalam, buat pertama kali menyaksikan kes baharu Covid-19 mencapai angka 1,228 kes, jumlah tertinggi dicatatkan sejak penularannya Mac lalu.

Sebanyak 889 daripada kes itu dicatatkan di Sabah sahaja.


Sementara itu, perkongsian Dr Noor Hisham itu mendapat 48,000 tanda suka dan dikongsi hampir 4,000 pengguna Facebook.

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan