Thursday, June 4, 2026

Kesihatan Abdul Hadi semakin pulih

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEADAAN kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin pulih malah mampu membaca dan menulis ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Khabar gembira tersebut dikongsikan Setiausa Politik Ahli Parlimen Marang itu, Mohd. Syahir Che Sulaiman menerusi story di Instagram peribadinya hari ini.

“Alhamdulillah, keadaan Tok Guru makin baik, sudah pulih dan dalam pemantauan (doktor). Masa terluang (Tok Guru) diisi dengan membaca dan menulis.

“Beliau sedang menyiapkan dua artikel baharu selain turut berbincang hal-hal semasa,” katanya. 

Dalam pada itu, Mohd. Syahir berkata, pemimpin utama Pas itu turut menyampaikan salam kepada semua dan mengucapkan terima atas doa yang dititipkan sepanjang beliau dimasukkan ke hospital.

Anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil menerusi Facebook semalam memberitahu ayahnya dimasukkan ke hospital susulan kesihatannya sedikit merosot sebelum Aidiladha.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada Februari lalu dimasukkan ke hospital, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan