27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Fabregas umumkan persaraan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS pemain tengah Chelsea dan Barcelona, Cesc Fabregas mengumumnkan persaraannya sebagai pemain bola sepak profesional selepas kontraknya bersama kelab Serie B, Como berakhir kelmarin.

Fabregas yang kini berusia 36 tahun mengumumkan akan menggantung butnya selepas menjalani karier lebih 20 tahun sebagai pemain bola sepak.

Pemenang dua kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memulakan kariernya di akademi La Masia di Barcelona sebelum berhijrah ke England menyertai Arsenal sebelum kembali ke Catalan bersama kelab gergasi Sepanyol itu.

Fabregas membuat kejutan apabila meninggalkan Barca untuk menyertai Chelsea sebelum meneruskan kariernya bersama AS Monaco dan Como.

Advertisements

Bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu berkata, dia akan meneruskan kariernya dalam bola sepak sebagai jurulatih skuad B Como dan teruja untuk menjalankan tugas baharu tersebut.

“Ini merupakan kesedihan apabila masanya telah tiba untuk saya menggantung but.

“Dari hari pertama saya di Barca, Arsenal, Barca sekali lagi, Chelsea, Monaco dan Como, saya menelusuri segalanya.

“Memenangi Piala Dunia, Kejohanan Eropah (Euro) sehinggalah menang segalanya di England dan Sepanyol serta hampir kesemua trofi Eropah. Ini merupakan perjalanan yang saya tidak akan dapat lupakan,” katanya menerusi Instagram hari ini.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan