28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Tanah runtuh Simpang Pulai-Cameron Highland telah dibersihkan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEJADIAN tanah runtuh yang berlaku di kilometer (KM)45, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland, Ipoh, Perak malam tadi telah menyebabkan kesesakan trafik dari kedua-dua arah.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh, Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.12 malam tadi.

Katanya, lokasi tanah runtuh terletak sekitar 50 minit minit perjalanan dari Simpang Pulai.

“Lokasi kejadian merupakan tapak pembaikan cerun yang sedang dijalankan kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) dan runtuhan tanah telah menutup permukaan jalan yang menyebabkan kenderaan dari kedua-dua arah tidak dapat melalui jalan tersebut.

Advertisements

“Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tanah runtuh tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, jalan tersebut telah dibuka semula kepada semua jenis kenderaan selepas kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan kontraktor pada pukul 4.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, kata beliau, orang ramai yang menggunakan jalan tersebut diingatkan supaya peka dengan keadaan jalan raya bagi mengurangkan risiko kemalangan.

“IPD Ipoh ingin menasihatkan orang ramai berhati-hati dan peka dengan keadaan persekitaran jalan sewaktu melalui jalan tersebut terutama ketika cuaca buruk dan tidak menentu bagi mengurangkan risiko kemalangan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan