30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Angggota TUDM maut bom lempar meletup ketika latihan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninggal dunia sementara dua jurulatih cedera ketika latihan menembak dan bom lempar di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

TUDM berkata, kemalangan berlaku sekitar pukul 12.10 tengah hari mengakibatkan seorang penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 itu meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Dua jurulatih mengalami kecederaan diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat.

“TUDM telah menghubungi waris anggota yang terlibat dan menyerahkan kes kejadian kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut kenyataan itu, TUDM akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan dijalankan PDRM selesai dan menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.

“Maklumat perkembangan insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan