Sunday, July 19, 2026

Exco Terengganu salah guna jawatan akan didakwa esok

Mesti Baca

SEORANG Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan akan didakwa di mahkamah, esok.

Bernama yang memetik sumber melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berusia lingkungan 60-an itu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada pukul 9 pagi.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Semalam, sumber memaklumkan suspek disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.

Individu terbabit ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman kerana didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 2018 dan 2020. 

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan