Tuesday, July 21, 2026

Jelajah Dunia Akhir BWF: Pemain negara bermula cemerlang

Dalam pada itu pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula dicabar hebat oleh Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri dalam aksi Kumpulan B.

Mesti Baca

PARA pemain negara yang yang beraksi dalam kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir BWF bermula cemerlang apabila memenangi perlawanan pertama masing-masing hari ini.

Beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah beraksi dengan penuh yakin untuk menumpaskan beregu tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dalam Kumpulan A.

Pemenang pingat emas Sukan SEA di Bangkok kelmarin, mudah menumpaskan pilihan keempat dengan 21-17, 21-11 dalam masa 46 minit.

Esok, beregu negara yang juga pilihan pertama akan bertemu Rin Iwanaga-Kie Nakanishi yang tewas pada perlawanan pertama di tangan rakan senegara, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 14-21, 14-21.

Pearly-Thinaah perlu menewaskan beregu Jepun untuk menempat slot ke separuh akhir lebih awal.

Dalam pada itu pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula dicabar hebat oleh Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri dalam aksi Kumpulan B.

Pilihan kedua kejohanan itu menang 21-24, 21-18, 21-19 jaguh Indonesia setelah beraksi selama 1 jam 23 minit.

Esok, Aaron-Wooi Yik akan berdepan dengan beregu tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang yang tewas kepada begeru India, Rankireddy Satwiksairaj-Shetty Chiraj 21-12, 20-22, 14-21.

Sementara itu, bagi beregu campuran, juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan 21-13, 21-13 dalam masa 41 minit.

Pada perlawanan kedua esok, Tang Jie Ee Wei akan berdepan dengan beregu Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu.

Manakala Soon Huat-Shevon berdepan tugas getir untuk mencari kemenangan pertama apabila bertemu jaguh China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Ketika berita ini ditulis, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun sedang berdepan dengan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan