Tuesday, July 21, 2026

Semoga UMNO tidak beri layanan istimewa kepada KJ – Puad

Jangan kita korbankan ahli-ahli parti di kampung yang mentaati dan patuh konsensus parti, tetapi yang memperlekeh konsensus parti diberi layanan istimewa

Mesti Baca

UMNO tidak seharusnya memberi layanan istimewa kepada mana-mana ahli yang dipecat atau digantung yang berhasrat untuk kembali ke pangkuan parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana ada sebab musabab kenapa mereka dipecat atau digantung daripada parti sebelum ini. 

Beliau berkata, mereka yang diambil tindakan sedemikian umumnya berkaitan dengan masalah disiplin seperti tidak patuh keputusan parti. 

“Semoga UMNO tidak beri layanan istimewa kepada mereka.

“Tidak ada “dua darjat” di dalam parti. Jangan kita korbankan ahli-ahli parti di kampung yang mentaati dan patuh konsensus parti, tetapi akhirnya yang memperlekeh konsensus parti diberi layanan istimewa,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Mohd Puad berkata, sebagai contoh ada Ahli Parlimwn UMNO yang enggan mematuhi arahan keluar Dewan Parlimen apabila whip parti membuat keputusan.

“Sebab itu kalau mahu kembali kepada UMNO, tidak perlu “test market”, tidak perlu tunggu dijemput. Datanglah sendiri. 

“Dengan budi bahasa dan keikhlasan. UMNO tetap terbuka untuk semua,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dijangka menyertai semula UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan bulan ini.

Khairy yang kini menjadi penyampai radio dilaporkan telah mendapat restu daripada pimpinan tertinggi UMNO, khususnya Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk kembali menyertai semula parti berkenaan.

Difahamkan, Khairy turut ditawarkan untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas, kerusi yabg pernah dikuasai bekas mentuanya, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Untuk rekod, Khairy dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 berikutan kelantangannya mengkritik kepimpinan tertinggi parti ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Beliau juga tewas ketika bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan