Wednesday, July 22, 2026

Raih enam anugerah, ‘Babah’ dinobat Filem Terbaik FFM34

Kejayaan itu melayakkan penerbitnya, Nads Media Entertainment menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta dan trofi.

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

FILEM Babah dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, malam ini.

Kejayaan itu melayakkan penerbitnya, Nads Media Entertainment menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta dan trofi.

Kemenangan itu sekali gus menundukkan empat lagi finalis dalam kategori sama iaitu Soloz: Game of Live, Takluk: Lahad Datu, Reversi serta Blood Brothers: Bara Naga.

Anugerah utama itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dengan diiringi Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Hans Isaac serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Bukan itu sahaja, pelakon utama filem berkenaan, Qi Razali dan Sweet Qismina masing-masing berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki serta Wanita Terbaik.

Babah turut memenangi trofi Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan pengarahnya, Mohd Shah Faizul Ibrahim pula menggondol trofi Pengarah Harapan.

Malam kemuncak FFM34 turut menyaksikan Pengarah filem Blood Brothers: Bara Naga iaitu Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, mengungguli trofi Pengarah Terbaik.

Trofi Pelakon Lelaki Harapan menjadi milik Amir Ahnaf hasil lakonan dalam filem Kahar: Kapla High Council manakala Pelakon Wanita Harapan dimenangi Michelle Lungan untuk filem Tegkang.

Trofi pelakon Kanak-kanak Terbaik pula menjadi Puteri Rafasya bagi filem Telaga Suriram.

FFM34 memperkenalkan kategori baharu iaitu Anugerah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik yang dimenangi filem Blood Brothers: Bara Naga.

Anugerah Khas Filem Box Office pula menjadi milik Blood Brothers: Bara Naga atas kejayaan meraih kutipan lebih RM 73.6 juta.

Melengkapkan pengiktirafan dan apresiasi seni, seniman legenda, Datuk Ahmad Tamimi Siregar yang menabur bakti lebih 50 tahun dalam dunia perfileman, menerima Anugerah Khas Sepanjang Zaman.

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan