Monday, July 20, 2026

FAM terkejut FIFA tolak rayuan, akan bawa isu ke CAS

FAM akan terus teguh memperjuangkan hak para pemain dan kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa - Mohd Yusoff Mahadi

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) terkejut dengan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menolak rayuannya berhubung pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, inilah kali pertama pihak FAM menghadapi situasi seperti ini.

“FAM akan menulis kepada FIFA untuk mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis keputusan tersebut sebelum mengambil langkah seterusnya bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, FAM akan terus teguh memperjuangkan hak para pemain dan kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.

Jawatankuasa Rayuan FIFA sebelum itu menolak rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan tujuh pemain warisannya dan mengekalkan hukuman yang telah dikenakan.

Dengan keputusan itu, FAM diperintahkan membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) manakala setiap pemain diperintahkan membayar denda sebanyak CHF 2,000 (RM10,400) kepada FIFA.

“Kesemua pemain tersebut turut digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak,” kata FIFA menerusi laman web rasminya hari ini.

Tujuh pemain warisan terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

FIFA berkata, FAM dan para pemain berkenaan telah dimaklumkan tentang keputusan tersebut hari ini. 

“Mereka mempunyai tempoh 10 hari untuk memohon ‘motivated decision’ dan selepas itu, pihak-pihak terbabit mempunyai 21 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS),” kata FIFA.

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan