Tuesday, July 21, 2026

Tengku Amir Shah-Afzaa Fadini selamat diijabkabulkan

Istiadat Pernikahan Diraja itu disempurnakan oleh Mufti Selangor, Datuk Setia Dr. Anhar Opir.

Mesti Baca

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijab kabul dengan suri hati baginda, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Istiadat Pernikahan Diraja itu disempurnakan oleh Mufti Selangor, Datuk Setia Dr. Anhar Opir.

Majlis ijab dan kabul pasangan mempelai bersaksikan oleh Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Ahmad Shah dan Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Setia Putra.

Menurut Selangor Royal Office, akad ijab dan kabul dimeterai tepat pukul 10.08 pagi dengan sekali lafaz disusuli dengan 11 das tembakan meriam.

Istiadat pernikahan yang dilakukan dengan penuh tertib mengikut adat itu, disaksikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Turut hadir dalam istiadat tertutup ini adalah Kerabat Diraja Selangor dan keluarga pengantin Diraja Perempuan serta sahabat handai kedua belah pihak.

Bersempena dengan pernikahan tersebut, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Afzaa Fadini yang membawa gelaran Datin Paduka Seri.

Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober 2025.

Untuk rekod, Afzaa Fadini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam BA Development Studies and Economics dari School of Oriental and African Studies, University of London serta Ijazah Sarjana dalam Sustainable Cities dari King’s College London.

Selain cemerlang dalam bidang akademik, Afzaa Fadini turut dikenali sebagai seorang yang begitu komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.

Dari Oktober 2020 hingga Mac 2025, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Projek di Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC).  — Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan