Tuesday, July 21, 2026

MIAPEX, AICOVE 2025 perkukuh rantaian bekalan automotif global

Ekspo tersebut menampilkan lebih daripada 350 gerai pameran dengan penyertaan daripada Jepun, China, India, Taiwan, Singapura, Jerman serta tuan rumah Malaysia.

Mesti Baca

MIAPEX 2025 dan AICOVE 2025 yang berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober lalu berupaya memperkukuhkan rantaian bekalan automotif global.

Kedua-dua acara tersebut menyerlahkan daya saing Malaysia yang semakin meningkat dalam eksport automotif serta peranan negara yang kian meluas dalam landskap ekonomi ASEAN.

Menurut Pengerusi Penganjur, Jet Ong,  MIAPEX 2025 yang memasuki edisi kelima sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai antara pameran automotif dan alat ganti yang paling berpengaruh di rantau ini. 

“Dijalankan serentak dengan AICOVE 2025, acara ini menerima sambutan luar biasa daripada pemain industri, mempamerkan pelbagai inovasi dalam keseluruhan rantaian nilai automotif dan kenderaan komersial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MIAPEX 2025 dan AICOVE 2025 yang berlangsung di Selangor Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Jet Ong berkata, ekspo tersebut menampilkan lebih daripada 350 gerai pameran dengan penyertaan daripada Jepun, China, India, Taiwan, Singapura, Jerman serta tuan rumah Malaysia.

Mereka mempamerkan pelbagai produk merangkumi komponen automotif, trak, aksesori kereta, alat ganti kenderaan berat, peralatan bengkel serta teknologi automotif dan e-mobiliti terkini.

Manakala pengunjung perdagangan dan pembeli hadir dari serata dunia termasuk dari Timur Tengah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah , Asia dan Australia, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab automotif yang pesat berkembang di rantau ASEAN.

Jet Ong berkata, penyertaan aktif pelbagai persatuan automotif utama Malaysia turut memberikan nilai tambah yang besar kepada acara ini.

Katanya, pengiktirafan oleh MATRADE dan disokong oleh MyCEB Malaysia, sekali gus menggambarkan peranan MIAPEX dan AICOVE dalam mempromosikan perdagangan serta eksport automotif Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Kejayaan MIAPEX dan AICOVE 2025 mencerminkan perpaduan dan kekuatan industri automotif Malaysia.

“Kami berbangga kerana berjaya mewujudkan sebuah platform di mana idea, perdagangan dan inovasi bertemu — mengangkat juara tempatan ke pentas global,” katanya

Beliau berkata,  objektif penganjuran adalah membuka pasaran baharu yang belum diterokai serta memupuk kerjasama serantau untuk mentakrif semula penanda aras industri telah berjaya dicapai melalui penyertaan kukuh daripada pihak tempatan dan antarabangsa.

Dengan kejayaan penganjuran tahun ini, Jet Ong berkata, pihaknya berhasrat untuk terus memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab perdagangan automotif ASEAN.

Katanya, ini melalui peluasan kerjasama antarabangsa serta penganjuran program industri yang lebih berimpak pada tahun-tahun akan datang. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan