Sunday, July 19, 2026

Terima bungkusan mencurigakan, MCMC buat laporan polis

Syarikat kurier berkenaan turut merekodkan sebanyak 55 aduan terhadap penghantar ini, termasuk 18 kes penghantaran barang yang tidak dipesan...

Mesti Baca

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat laporan polis berhubung satu penghantaran bungkusan mencurigakan melalui sebuah syarikat kurier yang menggunakan nama Pengerusi MCMC sebagai penerima.

Menurut MCMC, ia setelah hasil semakan awal dengan pihak kurier mendapati penghantar tersebut berdaftar menggunakan nama samaran dan nombor telefon tertentu sejak Jun 2025. 

“Syarikat kurier berkenaan turut merekodkan sebanyak 55 aduan terhadap penghantar ini, termasuk 18 kes penghantaran barang yang tidak dipesan oleh penerima dan 37 kes penghantaran tidak lengkap atau tidak selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MCMC berkata, bungkusan berkenaan telah diminta untuk ditahan oleh pihak kurier bagi siasatan lanjut oleh polis.

Suruhanjaya itu berkata, pihaknya memandang serius sebarang bentuk penghantaran mencurigakan yang boleh menimbulkan ancaman.

MCMC juga akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan awam serta integriti institusi terpelihara.

“MCMC turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada sekiranya menerima bungkusan daripada sumber yang tidak dikenali atau tidak dibuat pesanan.

“Sekiranya timbul keraguan, orang ramai dinasihatkan untuk segera menghubungi pihak berkuasa atau syarikat kurier bagi pengesahan lanjut,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan