Wednesday, July 22, 2026

RIUH x ASEAN 2025 angkat Malaysia sebagai hab kreatif serantau

Pengunjung juga akan disajikan lebih 40 persembahan pentas, 30 bengkel interaktif dan 20 aktiviti kreatif yang menjadi platform jaringan industri.

Mesti Baca

MALAYSIA bakal menjadi tumpuan dunia kreatif apabila Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures menganjurkan RIUH x ASEAN 2025, acara kreatif terbesar Asia Tenggara, bermula 17 hingga 26 Oktober ini.

Ketika mengumumkan penganjurannya semalam, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, acara berskala besar itu bukan sahaja memperkukuh kerjasama rentas negara, malah membuka peluang baharu kepada komuniti kreatif dan usahawan serantau, selaras visi ASEAN 2025 yang menekankan perpaduan, keterangkuman dan kelestarian.

Antara tarikan utama ialah RIUH x ASEAN Marketplace yang akan berlangsung dari 22 hingga 26 Oktober di ibu negara, menampilkan lebih 200 jenama dan 100 vendor makanan serta minuman dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

“Pengunjung juga akan disajikan lebih 40 persembahan pentas, 30 bengkel interaktif dan 20 aktiviti kreatif yang menjadi platform jaringan industri,” katanya sambil memaklumkan penyertaan pengusaha tempatan dibuka mulai 1 September hingga 1 Oktober ini.

Selain itu, RIUH Gallery akan diadakan bermula 1 Oktober di lokasi strategik sekitar Lembah Klang, menampilkan persembahan muzik indie, komedi, puisi serta pameran seni visual sebagai ruang berkarya kepada bakat tempatan.

Buat julung kali, persidangan muzik FrequenSEA akan dianjurkan pada 21 dan 22 Oktober di Kuala Lumpur dengan penyertaan lebih 200 pemuzik, penerbit, pencipta kandungan dan pemimpin industri bagi membincangkan masa depan muzik Asia Tenggara.

Maklumat lanjut boleh didapati di baskl.com.my serta di Instagram dan Facebook @riuhinthecity dan @mycreativeventures. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan