Sunday, July 19, 2026

Pulau Pangkor sumbang lebih RM42 juta hasil pendaratan bilis

Selain ikan bilis, 10 spesies utama yang didaratkan di Manjung Selatan yang menyumbang keseluruhan pendaratan di daerah itu bernilai RM644.08 juta.

Mesti Baca

PULAU Pangkor mencatatkan pendaratan ikan bilis sebanyak 2,844.44 tan metrik bernilai RM42.67 juta tahun lalu, sekali gus menjadikannya penyumbang terbesar hasil pendaratan ikan bilis di negeri Perak.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, secara nasional, pendaratan ikan bilis pada tahun lalu adalah 14,589.20 tan metrik bernilai RM164.89 juta iaitu bagi merujuk kepada spesies yang sama, bilis/bunga air.

Beliau berkata, selain ikan bilis, 10 spesies utama yang didaratkan di Manjung Selatan yang menyumbang keseluruhan pendaratan di daerah itu bernilai RM644.08 juta.

“Pulau Pangkor kekal sebagai lokasi utama pendaratan ikan bilis negara dengan hasil yang memberi impak besar kepada ekonomi nelayan dan komuniti setempat.

“Jabatan Perikanan Malaysia akan memastikan sumber ini diurus secara mampan melalui kawalan penangkapan, penguatkuasaan peraturan, dan kerjasama rapat dengan komuniti nelayan supaya industri bilis terus berkembang dan menjadi sumber rezeki yang berterusan,” katanya hari ini.

Adnan berkata, rekod lima tahun menunjukkan pendaratan ikan bilis di Pulau Pangkor meningkat daripada 879.93 tan metrik (RM8.97 juta) pada 2020 kepada 2,844.44 tan metrik (RM42.67 juta) pada 2024, membuktikan potensi pertumbuhan yang konsisten dan kukuh.

Katanya, negeri-negeri utama pengeluar ikan bilis termasuk Sabah (5,956.17 tan metrik), Kedah (1,818.98 tan metrik), Perak (2,852.91 tan
metrik) dan Kelantan (992.65 tan metrik).

“Walaupun data vesel penangkapan di Pulau Pangkor tidak membezakan secara khusus bot yang menangkap ikan bilis, kawasan ini mempunyai 694 vesel berdaftar yang beroperasi di pelbagai zon iaitu Zon A (462 vesel), Zon B (44 vesel), Zon C (168 vesel) dan Zon C2 (20 vesel).

“Kapasiti ini membolehkan aktiviti pendaratan pelbagai spesies ikan dijalankan secara berterusan, termasuk ikan bilis,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan