Sunday, July 19, 2026

NADI Pulau Banggi perkukuh usaha digitalisasi luar bandar

NADI Pulau Banggi memainkan peranan penting dalam menyediakan capaian Internet, latihan kemahiran digital, dan akses maklumat kepada komuniti, khususnya di kawasan luar bandar.

Mesti Baca

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Banggi, Kudat, Sabah bagi memantau perkembangan pusat yang telah mendapat pengiktirafan peringkat dunia itu.

Kehadiran Fahmi untuk berinteraksi dengan komuniti setempat termasuk ahli Komuniti MADANI dan meninjau status keterhubungan telekomunikasi di daerah Kudat, Sabah.

Sebagai sebuah pusat komuniti digital sehenti di bawah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), NADI Pulau Banggi memainkan peranan penting dalam menyediakan capaian Internet, latihan kemahiran digital, dan akses maklumat kepada komuniti, khususnya di kawasan luar bandar.

“Selain melawat fasiliti NADI, Fahmi turut memantau kemajuan liputan telekomunikasi di sekitar Pulau Banggi, yang menunjukkan perkembangan positif dalam memperluas capaian rangkaian serta meningkatkan keterhubungan terutamanya untuk komuniti di Sabah.

“Lawatan ini menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan ketercapaian digital luar bandar, memacu pembangunan sosioekonomi, dan memperkukuh agenda pendigitalan negara,” kata kenyataan MCMC hari ini.

Teknologi Starlink di NADI Pulau Banggi menyediakan akses Internet berkelajuan tinggi, dengan kelajuan minimum melebihi 100Mbps.

NADI itu juga dilengkapi ruang latihan serta perkhidmatan rujukan maklumat yang menyokong pembangunan ekonomi, pendidikan dan keusahawanan digital.

Inisiatif NADI Pulau Banggi, sebagai sebahagian daripada Projek Inklusif Digital NADI Malaysia juga telah dinobatkan sebagai juara World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2025 bagi kategori C4: Capacity Building yang dianjurkan oleh International Telecommunication Union (ITU) bersama agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan tiada komuniti yang terpinggir daripada arus pendigitalan negara. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan