Monday, July 20, 2026

Fakulti Pendidikan UM manfaat ‘hiking’ eratkan hubungan staf

Selain mengeratkan hubungan, program itu turut menjadi ruang terapi semula jadi untuk mengurangkan tekanan kerja serta menyegarkan semangat staf. 

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

DALAM usaha mengukuhkan hubungan dalaman dan membina semangat kerjasama di kalangan warga kerja, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) menganjurkan aktiviti pendakian santai di Bukit Gasing, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Program anjuran Kelab Kebajikan Staf fakulti itu disertai sembilan warga kerja termasuk Dekan, Prof. Dr. Ahmad Zabidi Abdul Razak, yang turut bersama-sama menempuh laluan pendakian sejauh kira-kira dua jam.

Kehadiran pemimpin tertinggi fakulti itu memberi mesej jelas bahawa pembinaan hubungan kemanusiaan di tempat kerja bukan sekadar aktiviti sampingan, sebaliknya keperluan penting bagi mewujudkan organisasi yang harmoni dan produktif.

Menurut Ahmad Zabidi, aktiviti luar seperti hiking mampu membina kepercayaan, empati dan semangat kerja berpasukan secara lebih autentik berbanding latihan formal di bilik seminar.

“Dalam suasana santai tanpa protokol, setiap peserta dapat mengenali karakter rakan sekerja dengan lebih dekat. Sifat kepimpinan, daya tahan dan kesediaan membantu akan muncul secara semula jadi,” katanya.

Pendakian Bukit Gasing menguji kekuatan fIzikal dan mental.

Selain mengeratkan hubungan, program itu turut menjadi ruang terapi semula jadi untuk mengurangkan tekanan kerja serta menyegarkan semangat staf. 

Sesi refleksi di akhir pendakian membolehkan peserta berkongsi pandangan dan pengalaman, sekali gus membuka ruang kepada pemahaman lebih mendalam mengenai kepentingan sinergi kolektif dalam mencapai kejayaan organisasi.

Ahmad Zabidi berkata, pendekatan seperti ini wajar dijadikan sebahagian modul latihan tahunan fakulti dan boleh diperluas kepada pelajar, alumni serta rakan kolaborasi luar.

“Organisasi masa kini tidak hanya dinilai melalui pencapaian KPI, tetapi juga kekuatan hubungan insaniah yang dibina berasaskan kepercayaan dan kerjasama sejati,” tambahnya.

Inisiatif Fakulti Pendidikan UM ini dilihat selari dengan keperluan pasca-pandemik yang menitikberatkan keseimbangan antara prestasi kerja dan kesejahteraan mental, sekali gus boleh dijadikan contoh oleh organisasi lain di sektor pendidikan dan korporat.  — Oleh Yohan Kurniawan/Edisi 9

Related posts:

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan