Tuesday, July 21, 2026

FiTA UiTM perkasa warisan budaya bersama komuniti Orang Asli

Program dari 2 hingga 5 Julai ini akan menghimpunkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan seni kontemporari yang memfokuskan kepada pemerkasaan budaya khususnya masyarakat Orang Asli.

Mesti Baca

SELARAS dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan keterangkuman dan pemerkasaan komuniti, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana mengambil langkah proaktif mendekati masyarakat Orang Asli melalui program CASA X Ambassadorial: Tradition in Our Heart, Ambassador in Our Hand.

Program yang berlangsung dari 2 hingga 5 Julai ini akan menghimpunkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan seni kontemporari yang memfokuskan kepada pemerkasaan budaya serta penglibatan komuniti secara langsung, khususnya masyarakat Orang Asli.

Dekan FiTA, Prof Madya Ts. Dr. Wan Aida Wan Yahaya berkata, program berimpak tinggi ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman budaya dalam kalangan pelajar, malah membuka ruang interaksi bermakna dengan masyarakat luar.

“Penglibatan secara aktif ini mampu membentuk sahsiah dan memperkasa pemikiran pelajar. Dalam masa yang sama, ia menyuburkan nilai-nilai keikhlasan, hormat dan persefahaman yang menjadi tunjang kepada keharmonian budaya pelbagai kaum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Koordinator Bidang Pengurusan Industri Kreatif, Dr. Hazlin Anita Zainal Abidin berkata, pemilihan tema program mencerminkan usaha mendalam untuk mendekati komuniti minoriti yang sering terpinggir daripada arus perdana.

“Melalui lawatan ke perkampungan Orang Asli serta aktiviti seni dan budaya, pelajar bukan sahaja dapat merasai pengalaman langsung, malah diasah dengan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis,” ujarnya.

Program tersebut dianjurkan oleh pelajar Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan bakal menampilkan pelbagai acara istimewa seperti Lentera Budaya: Budaya Malam Warisan, CINEMOVE: Layar Kita, Cerita Kita, Lintas Loka: Jiwa, Alam dan Warisan Orang Asli, Majlis Anugerah Dekan: Shine & Excellent, dan Ambassadorial Arts Night Award: Celebrating Creative Excellence.

Kesemua aktiviti akan berlangsung di Ruang Eksperimental FiTA (REF), UiTM Kampus Puncak Perdana. 

Orang ramai yang berminat untuk menyertai atau mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman Instagram rasmi di @serenosproduction atau @kitahouse.official, ataupun menghubungi Nur Diyana Ismail (Pengarah Promosi dan Publisiti) di talian 011-37711584. — Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan