Monday, July 20, 2026

Nasib dan masa depan politik Raja Formula…

Mesti Baca

BELIAU dijulang, disanjung dan diangkat setinggi-tinggi kerana dianggap seorang pemimpin yang berani terutama melawan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Najib Razak.

Kerana beliau, BN dan Najib tumbang dalam PRU-14 dengan sentimen GST yang dicetuskan beliau serta segala macam formula untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan tol dan lain-lain.

Lantaran itu nama ‘budak Kemaman‘ ini melonjak dalam kalangan rakyat khususnya ahli-ahli PKR sehingga diangkat sebagai Timbalan Presiden menewaskan ‘orang kanan’ paling setia Anwar Ibrahim iaitu Azmin Ali.

Itulah Rafizi Ramli… idola anak-anak muda ketika itu yang dianggap sebagai seorang adiwira yang mampu membawa perubahan dalam mentadbir negara dan memberikan pelbagai kenikmatan kepada rakyat.

Gandingan beliau bersama Anwar dianggap sebagai gandingan ideal bagi PKR apatah lagi selepas Pakatan Harapan mencipta kemenangan selesa dalam PRU-15 sehingga membolehkan mereka membentuk kerajaan bersama gabungan BN.

Yakin dengan segala formulanya, Rafizi diangkat sebagai Menteri Ekonomi dan bersorak rialah para penyokongnya dan anak-anak muda yang dahagakan perubahan dalam pengurusan ekonomi negara sementelah mereka melihat BN dan Najib gagal melaksanakannya.

Namun segala-galanya berubah setelah Rafizi diberi tanggungjawab sebagai menteri yang menentukan ekonomi negara, tetapi entah di mana silap, beliau dilihat gagal melaksanakan segala formula yang beliau sendiri cetuskan sebelum ini.

Bahkan Rafizi mula dilihat sebagai menteri yang paling gagal dalam Kabinet Anwar dan selepas separuh penggal pentadbiran, beliau semakin menjadi liabiliti kepada kerajaan Perpaduan.

Harga minyak, tol, PTPTN yang dijanjikan untuk diturunkan atau dihapuskan sekiranya PH mentadbir negara, tidak dapat dilaksanakan malahan segala janji sebelum ini hanya menjadi ‘capati’.

Dasar Rafizi dalam menguruskan ekonomi dilihat lebih buruk daripada zaman Najib yang mana jika sebelum ini Najib hanya mengapungkan harga RON97, namun ditangannya diesel bagi Semenanjung turut diapungkan sehingga mencetuskan kemarahan rakyat.

Itu belum lagi formula untuk menghapuskan tol dan PTPTN yang sehingga kini hanya krik… krik… krik!

Tidak hairan dalam pemilihan parti kali ini, kem Rafizi tewas dalam pemilihan di peringkat cabang seluruh negara. Bahkan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden juga ‘goyang’.

Beliau terpaksa mengambil cuti bagi menenangkan keadaan sementelah beliau dikatakan diminta untuk melepaskan jawatan tersebut secara terhormat.

Itulah Rafizi Ramli… Jika sebelum ini dijulang bagai wira, kini tiada apa yang dapat dipertahankannya. Apatahlah lagi nama anak sulung Presiden, Nurul Izzah diangkat oleh para pemimpin cabang untuk menggantikan kedudukannya.

Bahkan kedudukannya sebagai Menteri Ekonomi juga bakal hilang sekiranya beliau tewas atau tidak pertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Anwar dijangka akan membuat rombakan Kabinet selepas pemilihan PKR nanti dan kemungkinan besar namanya dicoret.

Dan kini nama Naib Presiden UMNO, Johari Ghani pula disebut-sebut bakal mengisi tempat beliau di Kementerian Ekonomi.

Begitulah agaknya perjalanan politik seorang anak muda bernama Rafizi Ramli…

MTB – Apa jadi dengan PADU?

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan