Tuesday, July 21, 2026

Dua beregu negara mara ke ‘final’ Terbuka Thailand

Gelaran kedua diburu Aaron-Wooi Yik selepas muncul juara BAC bulan lalu, manakala Pearly-Thinaah memburu gelaran pertama tahun ini.

Mesti Baca

DUA beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Thailand 2025 selepas mencatat kemenangan meyakinkan di separuh akhir hari ini.

Aaron-Wooi Yik, pilihan kedua kejohanan dan beregu kelima dunia, menewaskan pasangan tuan rumah Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-17, 21-13 dalam masa 38 minit. 

Mereka akan menentang pasangan Denmark ranking ke-75 dunia, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer, yang mencipta kejutan ke atas gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Jika menang, Aaron-Wooi Yik meraih gelaran kedua tahun ini selepas berkaya mereka menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk gelaran beregu lelaki di Kejohanan Badminton Asia (BAC) bulan lalu.

Beregu wanita negara, Pearly-Thinaah pula mengatasi pasangan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara 21-18, 21-12. Mereka akan bertemu pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo di final.

Ini peluang kedua pasangan negara ini untuk memburu gelaran selepas mara ke final Indonesia Masters, namun tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kim Hye-jeong-Kong Hee-yong.

Kejayaan ke final ini juga bakal menjadi petanda positif menjelang kejohanan Malaysia Masters minggu depan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan