Tuesday, July 21, 2026

Insentif Rebat Rahmah hadiah Aidilfitri daripada Kerajaan Madani

Kuota data percuma itu akan dikreditkan secara automatik pada Hari Raya pertama dan sah digunakan sekurang-kurangnya selama 24 jam...

Mesti Baca

Fazrina K
Fazrina K
Mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam dunia kewartawanan bersama syarikat media terkemuka. Pengkhususan dalam penulisan rencana, laporan khas dan analisis isu-isu semasa.

SETIAP kali tiba musim perayaan, Kerajaan Madani pasti akan menggembirakan rakyat dengan berita seperti pemberian diskaun untuk bayaran tol, bonus raya untuk penjawat awam dan Rebat Madani bagi anggota dan kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menyedari bahawa kos komunikasi dalam talian sering menjadi kekangan, terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan insan tersayang, maka tahun ini Kerajaan MADANI tampil dengan inisiatif istimewa bagi memastikan semua rakyat dapat kekal berhubung tanpa risau tentang penggunaan data internet.

Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan pemberian Insentif Rebat Rahmah iaitu tambahan minimum 5GB kuota data secara percuma kepada semua warganegara Malaysia yang melanggan pelan prabayar atau pascabayar.

Siapa Yang Layak?

Hadiah Aidilfitri ini tidak terhad kepada golongan tertentu, tetapi diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai langganan dengan syarikat telekomunikasi berikut:

✅ CelcomDigi
✅ Maxis
✅ U Mobile
✅ TM Tech
✅ YTL Communications
✅ Pavo Comms
✅ Tune Talk
✅ redONE
✅ REDtone
✅ XOX Com

Menurut Kementerian Komunikasi, kuota data percuma itu akan dikreditkan secara automatik pada Hari Raya pertama dan sah digunakan sekurang-kurangnya selama 24 jam, bergantung kepada terma dan syarat syarikat telekomunikasi masing-masing.

Sehubungan itu, Edisi 9 mendapatkan pandangan orang ramai berhubung pemberian Insentif Rebat Madani tersebut.

MOHD ASRAF IBRAHIM

📌 Mohd Asraf Ibrahim, 35, pempengaruh media sosial dan jurutera.

“Sebagai pencipta kandungan, internet sangat penting untuk kerja saya. Bila ada data percuma seperti ini, saya boleh gunakan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan keluarga tanpa perlu risau tentang kehabisan kuota. Terima kasih kerajaan atas hadiah raya ini!”

“Saya selalu buat panggilan video dengan kawan-kawan saya yang tinggal di Johor. Biasanya perlu berjimat guna Wi-Fi di rumah, tapi dengan rebat ini, saya boleh guna data untuk berbual lebih lama dengan mereka. Satu inisiatif yang baik!”

MUHAMMAD ARIFF ISKANDAR

📌 Muhammad Ariff Iskandar Mohamed, 19, pelajar kolej swasta.

“Sekarang semua ucapan raya dihantar melalui media sosial. Dengan adanya tambahan data percuma, saya boleh memuat naik gambar dan video perayaan tanpa perlu risau tentang baki data. Ini satu langkah yang sangat membantu!”

📌 Zalia Amanda Abd Mutalib, 17 tahun, pelajar sekolah menengah.

“Sebagai pelajar, internet memang sesuatu yang sangat penting. Saya sendiri nak pulang ke kampung dan masih perlu akses internet untuk tugasan dan tuisyen dalam talian, di rumah nenek dan atok saya mereka tidak menggunakan wifi jadi rebat ini sangat berguna untuk saya!

ZALIA AMANDA

“Insentif ini adalah langkah baik untuk membantu rakyat kekal berhubung semasa perayaan dengan tambahan 5GB data percuma. Kerjasama antara kerajaan dan syarikat telekomunikasi menunjukkan komitmen dalam menyokong komunikasi digital.

“Namun, tempoh sah hanya 24 jam, yang mungkin terlalu singkat, dan syarat bergantung kepada penyedia perkhidmatan. Secara keseluruhan, inisiatif ini bermanfaat tetapi boleh diperbaiki dengan tempoh lebih fleksibel.”

📌 Mohd Shahrul Fahsal Mohamed Isa, 46 tahun, penjual aiskrim.

MOHD SHAHRUL

“Saya banyak menghubungi pelanggan secara online, terutama musim raya ini. Dengan tambahan data percuma ini, saya boleh terus berkomunikasi dengan pelanggan tanpa sebarang gangguan. Harap ada lebih banyak inisiatif seperti ini di masa hadapan.”

📌 Muhammad Khairul Syazwan Khairul Azman, 25, pekerja swasta amat teruja dengan pemberian Rebat Rahmah ini.

“Saya sangkakan hanya rakan-rakan polis yang menerima Rebet Rahmah ini, tak sangka saya juga dapat, terima kasih Kerajaan Madani atas hadiah Aidilfitri yang pastinya akan saya kenang sehingga akhir hayat.”

Kerajaan MADANI berusaha memastikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada kemajuan teknologi, terutamanya dalam membina hubungan silaturahim melalui komunikasi digital. Dengan rebat ini, diharapkan rakyat Malaysia dapat menikmati perayaan dengan lebih bermakna.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Insentif Rebat Rahmah ini, mereka boleh menghubungi syarikat telekomunikasi masing-masing atau melayari laman web Kementerian Komunikasi di www.komunikasi.gov.my.

Semoga inisiatif ini membawa lebih banyak kebahagiaan kepada semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri! – Edisi 9🌙✨

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan