Tuesday, July 21, 2026

Insentif Rebat Rahmah hadiah paling bermakna untuk polis

Mesti Baca

Fazrina K
Fazrina K
Mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam dunia kewartawanan bersama syarikat media terkemuka. Pengkhususan dalam penulisan rencana, laporan khas dan analisis isu-isu semasa.

PEMBERIAN Insentif Rebat Rahmah kepada para anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepertimana diumumkan Kementerian Komunikasi semalam, merupakan satu pengiktirafan oleh Kerajaan Madani terhadap sumbangan dan pengorbanan para anggota.

Sehubungan itu mereka menzahirkan rasa terima kasih tidak terhingga atas insentif tersebut yang sudah tentu sebagai hadiah yang bermakna sempena Hari Polis Ke-218 tahun ini.

Seorang anggota, Koperal Mohamad Fazril Ahmad berkata, insentif itu merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen dan pengorbanan anggota PDMR dalam menjaga keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.

“Saya amat menghargai inisiatif Kerajaan Madani bersama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menawarkan Insentif Rebat Rahmah sempena Hari Polis Ke-218.

“Diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan demi kebajikan anggota keselamatan yang sentiasa berkhidmat untuk negara,” katanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, Kedah.

Sementara itu rakan setugasnya, Koperal M. Sathia Prakash terharu dengan pemberian insentif tersebut, yang kali pertama dirasainya sepanjang menjadi anggota keselamatan itu.

Beliau amat menghargai perhatian kerajaan terhadap kebajikan anggota PDRM dengan pemberian insentif yang kelihatan kecil bagi orang lain.

“Inisiatif ini menunjukkan penghargaan terhadap dedikasi anggota PDRM dalam menjaga keamanan negara. Semoga usaha seperti ini diteruskan untuk manfaat semua anggota keselamatan.

“Pemberian ini mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia memberi makna besar kepada kami yang setiap hari bertugas menjaga keselamatan negara,” katanya.

Bagi Inspektor Zainuddin pula, pemberian insentif tersebut menunjukkan bahawa kerajaan amat memahami keperluan anggota polis di seluruuh negara.

“Dalam era digital ini, komunikasi yang lancar amat penting, bukan sahaja untuk tugas tetapi juga untuk keluarga kami, ujarnya yang telah berkhidmat lebih satu dekad bersama PDRM,” katanya yang bertugas di IPD Kluang, Johor.

Semalam, kerajaan mengumumkan pemberian Insentif Rebat Rahmah secara sekali bayar kepada anggota PDRM termasuk anggota beruniform dan kakitangan awam yang berkhidmat dengan pasukan keselamatan itu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Komunikasi memaklumkan, inisiatif tersebut diperkenalkan sempena Sambutan Hari Polis ke-218 sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan dan komitmen PDRM dalam memastikan keselamatan negara.

Bagi anggota PDRM yang melanggan pelan pascabayar, mereka akan menerima rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama satu bulan, yang akan diberikan pada bulan April, Mei, atau Jun, bergantung kepada tarikh kitaran bil penerima.

Sementara itu, anggota PDRM yang menggunakan perkhidmatan prabayar pula akan menerima tambahan nilai minimum RM30 secara sekali bayar dan kaedah pemberian rebat berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

“Pemberian Insentif Rebat Rahmah ini disokong oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONE dan XOX Com yang memberi manfaat kepada lebih 127,000 orang anggota PDRM,” kata kenyataan itu.

Tambah Kementerian Komunikasi, maklumat lanjut mengenai insentif ini akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan