Thursday, July 23, 2026

Felda diberi tempoh sebulan kemuka pelan hala tuju baharu

Felda tidak boleh kekal dalam bentuk dan kaedah hala tuju sedia ada, sebaliknya ia perlu diubah bagi memastikan entiti itu mampu terus kekal dan memperoleh keuntungan pada masa depan.

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh sebulan kepada pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mengemukakan pelan tindakan baharu bagi menentukan hala tuju badan berkenaan agar lebih berdaya saing.

Perdana Menteri berkata, Felda tidak boleh kekal dalam bentuk dan kaedah hala tuju sedia ada, sebaliknya ia perlu diubah bagi memastikan entiti itu mampu terus kekal dan memperoleh keuntungan pada masa depan.

“Dalam keadaan geopolitik tidak menentu ini, kita harus siapkan diri untuk berdepan dengan keadaan yang lebih mencabar.

“Saya beri tempoh satu bulan untuk pengurusan (kemukakan pelan hala tuju)… saya akan pastikan seluruh kekuatan dan jentera daripada kerajaan, Kementerian Kewangan dan pakar-pakar lain untuk memastikan bahawa kita puas hati dengan pendekatan, hala tuju baharu dalam masa singkat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri dan warga Felda di Menara Felda, di Kuala Lumpur malam ini. Turut hadir Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia meneruskan suntikan dana selagi Felda diyakini mampu terus diperkasakan.

“Kerajaan seperti mana semu sudah tahu, beri suntikan RM1 bilion setahun. Kita mahu lakukan (beri suntikan dana) asalkan kita yakin bahawa pendekatan dan hala tuju mampu menyelamatkan bukan sahaja gedung Felda ini tetapi peneroka di masa hadapan,” katanya.

Anwar berkata, beliau juga telah berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan nilai eksport produk sawit ke luar negara menerusi beberapa siri lawatan sebelum ini.

“Asalkan kita yakin mampu selamatkan Felda dan peneroka dengan beberapa langkah di ladang, pemasaran dan eksport, maka itulah antara kerja kita.

“Malah saya berbincang dengan Presiden China Xi Jiping untuk mengimport sawit dari Malaysia. Saya juga minta Arab Saudi untuk pertingkatkan jumlah import sawit kita juga.

“Apabila permintaan naik harga juga naik. Jadi itu tugas dan pimpinan kerajaan iaitu menambah baik permintaan,”jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Shabery menyifatkan Anwar sebagai ‘penjual terbaik’ Malaysia bagi memasarkan produk negara di peringkat antarabangsa seterusnya mendapat permintaan tinggi.

Beliau berkata, kebolehan dan kewibawaan Perdana Menteri dalam memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara luar termasuk China, Turkiye dan India yang juga pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, dapat memastikan peningkatan sumber pendapatan negara.

“Pendapatan kita banyak bergantung pada harga selain ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran tetapi kami percaya bahawa antaranya ialah keyakinan orang kepada Malaysia.

“Saya katakan kepada para peneroka semua, tidak ada ‘penjual’ yang paling baik untuk melonjakkan harga dan nilai produk kita kalau bukan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Perdana Menteri,” katanya dalam ucapan alu-aluan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan