Wednesday, July 22, 2026

SPR tentukan tarikh PRK DUN Ayer Kuning pada 7 Mac ini

SPR telah menerima makluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N48 Ayer Kuning daripada Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid hari ini.

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat depan (7 Mac) bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya telah menerima makluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N48 Ayer Kuning daripada Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Beliau berkata, kerusi DUN dalam Parlimen Tapah itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR kekosongan tersebut telah berlaku.

“Sehubungan dengan itu, satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak akan diadakan pada 7 Mac 2025 (Jumaat) bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keputusan PRU-15 bagi DUN Ayer Kuning pada 2022. – Sumber: SPR

Ishsam yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan dan negeri Perak pada era 1980-an dan 1990-an rebah ketika menghadiri pertandingan bola sepak kebangsaan di Pulau Pinang sebelum disahkan meninggal dunia.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November 2022, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan