Thursday, June 4, 2026

Pemuda UMNO kecam Trump cadang AS ambil alih Gaza

Mesti Baca

PEMUDA UMNO Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mencadangkan agar negaranya mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduk Palestin ke negara jiran.

Ketuanya, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, cadangan itu bukan sahaja tidak masuk akal malah ia merupakan satu pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan sesebuah negara, mencabuli undang-undang antarabangsa, dan menunjukkan kejahilan yang jelas terhadap realiti konflik di Palestin.

Beliau berkata, tindakan sedemikian jelas melanggar prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Konvensyen Geneva, serta resolusi-resolusi antarabangsa yang menegaskan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri. 

Cadangan itu juga tegas beliau, mencerminkan sikap angkuh dan jahil terhadap penderitaan berjuta-juta rakyat Palestin yang telah sekian lama ditindas oleh rejim Zionis Israel.

“Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Malaysia mengesyorkan Wisma Putra untuk segera mengeluarkan nota bantahan rasmi terhadap kerajaan Assalamualaikum serta memanggil Duta Besar AS ke Malaysia bagi menyatakan pendirian tegas negara dalam isu ini. 

“Malaysia tidak boleh berdiam diri apabila kedaulatan sebuah negara diceroboh dan hak rakyatnya diabaikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Pemuda UMNO Malaysia juga menyeru agar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN mengambil pendirian yang tegas terhadap AS dalam menolak sebarang tindakan yang mencabuli hak asasi rakyat Palestin dan menjejaskan kestabilan rantau tersebut.

Kata Akmal, Pemuda UMNO Malaysia menegaskan bahawa penyelesaian kepada krisis di Gaza bukanlah melalui penjajahan baharu oleh kuasa besar, tetapi melalui keadilan dan pematuhan kepada hak asasi manusia.

“Kami menyeru komuniti antarabangsa untuk menolak sebarang cadangan yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan kedaulatan negara, serta mendesak agar hak rakyat Palestin dikembalikan sepenuhnya.

“Kami berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan akan terus memperjuangkan hak mereka untuk bebas dari kezaliman dan penjajahan.

Shame on you, United States of America!,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan