Pembaca budiman,
Tahun 2025 genaplah lima tahun Edisi 9 bersiaran melalui alam maya sebagai media alternatif dan memberikan pilihan kepada pembaca serta mereka yang mahu mendapat informasi terkini dan boleh dipercayai.
Terima kasih kami ucapkan kepada pembaca-pembaca dan pengikut media sosial Edisi 9 sejak hari pertama dilancarkan pada Februari 2020 sehingga ke hari ini, juga para pembaca dan pengikut yang baharu mengenali portal berita kami.
Jika sesetengah rakan portal berita lain mula mengenakan bayaran bagi setiap laporan yang disiarkan, kami memilih untuk kekal memberikan maklumat yang kritis, inklusif dan informatif secara percuma, tanpa caj.
Benar cabaran dalam perniagaan media amat hebat namun itu semua perlu ditelan dan kami harus mencari sumber lain bagi menampung kos operasi semata-mata mengelak beban kami ditanggung oleh pembaca dan pengikut kami.
Sebagai buah tangan kesetiaan pembaca Edisi 9, kami telah menampilkan wajah baharu dengan reka bentuk portal yang sesuai untuk tatapan pembaca secara ‘mobile’ sementelah sebahagian besar pembaca kami adalah terdiri daripada para penguna telefon bergerak tanpa mengabaikan segi kualiti kandungannya.
Kami akan terus berusaha untuk memberikan informasi yang kekal berinformatif dan boleh dipercayai untuk anda tanpa mengharap apa-apa balasan.
Semoga Edisi 9 terus maju dan dapat kekal berada di alam maya untuk tempoh panjang. Terima kasih semua…
- Editor

