Sunday, July 19, 2026

Menjelang Ramadan: 661 metrik tan kelapa tua diimport

Antara negara yang mengeksport kelapa tua ke Malaysia adalah Indonesia, Thailand dan Sri Lanka.

Mesti Baca

KERAJAAN telah mengimport sebanyak 661,761 biji bersamaan 661 metrik tan kelapa tua bernilai RM1.47 juta bagi menampung keperluan pengguna terutama menjelang bulan Ramadan minggu depan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, bekalan itu telah ditempatkan di pusat pengedaran utama seperti pusat-pusat operasi FAMA di Dengkil, Selangor; Senawang, Negeri Sembilan dan di Simpang Pulai, Perak.

KPKM berkata, bekalan tersebut akan disalurkan melalui 42 Pusat Operasi FAMA di seluruh negara dan dipasarkan ke outlet peruncitan FAMA serta pemborong utama bagi memastikan ketersediaan bekalan di pasaran. 

“Usaha ini akan diteruskan sehingga bekalan kelapa dalam negara kembali stabil,” kata KPKM dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu berkata, antara negara yang mengeksport kelapa tua ke Malaysia adalah Indonesia, Thailand dan Sri Lanka.

KPKM berkata, bagi langkah jangka panjang, melalui Rancangan Malaysia Ke-12, Jabatan Pertanian telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk penanaman semula dan penanaman baharu kelapa, penghasilan pelbagai anak benih kelapa daripada varieti berproduktiviti tinggi seperti kelapa Matag, Pandan, Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Malayan Red Dwarf (MRD).

Katanya, kawasan tanah yang dikenal pasti dengan kerjasama kerajaan negeri akan digunakan untuk penanaman kelapa bagi meningkatkan pengeluaran domestik termasuk kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). 

“LPP telah melaksanakan 43 projek penanaman kelapa yang diusahakan bermula tahun 2016 di seluruh negara dengan keluasan seluas 643.42 hektar berkapasiti 123,426 pokok kelapa,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan