Thursday, July 23, 2026

Bekas ADUN Kemasik kritikal, keluarga mohon kemaafan 

Mesti Baca

BEKADS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Terengganu, Datuk Abu Bakar Ali dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Abu Bakar atau mesra dipanggil Datuk Kor, 83, dirawat di hospital berkenaan sejak 23 Januari lalu akibat mendapat serangan jantung.

Menurut salah seorang anaknya, sejak itu rawatan demi rawatan telah dijalankan dan sehingga hari ini tahap kesihatan bapanya semakin merosot, lemah dan uzur.

“Pagi semalam ayahanda disahkan terkena brain stroke dan kini dalam pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya menerusi Whatsapp petang ini.

Sehubungan itu, beliau mewakili  pihak bapanya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf daripada semua kenalan dan yang mengenalinya. 

“Andai ada kesalahan dan kesilapan ayahnda dimasa lalu, tersinggung, terguris atau terasa hati, saya mohon ampun dan maafkanlah ayahnda. Saya ucapkan jutaan terima kasih,” katanya.

Abu Bakar sebelum ini telah beberapa dimasukkan ke hospital dan menjalani rawatan akibat pelbagai kompilasi.

Beliau merupakan ADUN Kemasik selama lima penggal sejak 1986. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan