23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

MOTAC batal lesen syarikat Layang-Layang Resort

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Resort Sdn Bhd kerana didapati telah melakukan pelanggaran peruntukan undang-undang.

Pembatalan itu dibuat selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 dan berkuat kuasa mulai 6 Januari lalu.

Pesuruhjaya Pelancongan, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata, pembatalan lesen syarikat pengusaha resort pelancongan terkenal di Sabah itu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd. [199101018586 (228897-D)] dengan nombor lesen 2992 berkuat kuasa mulai 6 Januari 2025.

Advertisements

“MOTAC memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia Madani,” kata kenyataan dua perenggan itu.

Sebelum ini, media melaporkan, sebuah resort di Sabah dikatakan gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu termasuk pelancong asing yang menempah pakej menyelam skuba dengan mereka sejak 2020.

Tempahan tersebut memerlukan deposit sebanyak 50 peratus. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan