32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 12, 2025

ADUN Sungai Sibuga meninggal dunia, dijangka tiada PRK

Mesti Baca

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain dilapor meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 11.20 malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh iparnya, Berahim Nasip kepada Bernama hari ini. Bagaimanapun punca kematian belum dapat disahkan.

Menurut beliau, jenazah Mohamad Hamsan, 65, dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Kong Lok, Sandakan sebelum dibawa ke Masjid Pangiran di Batu 7.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila sebelum solat Zuhur,” katanya.

Advertisements

Mohamad Hamsan yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Pembantu Menteri Kewangan II sebelum ini mendapatkan rawatan akibat komplikasi beberapa penyakit termasuk buah pinggang.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 2020, Mohamad Hamsan mewakili Barisan Nasional memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga menewaskan empat calon lain dengan majoriti 1,538 undi.

Pilihan raya kecil dijangka tidak diadakan berikutan kekosongan kerusi DUN tersebut memandangkan tempoh penggal ke-16 akan berakhir September ini dan pembubaran DUN Sabah akan dibuat tidak lama lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia bakal miliki kapal baharu buatan Turkiye

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye sebagai langkah strategik memperkukuh keupayaan...

Lagi Artikel Berkaitan