30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

300,000 murid sekolah rendah terlibat program khas KPM, Yeo’s

Mesti Baca

KIRA-KIRA 300,000 murid sekolah rendah dari 400 sekolah seluruh negara terlibat dalam program khas berasaskan pemakanan hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yeo Hiap Seng Malaysia (Yeo’s).

Program Generasi Hebat dengan Yeo’s SuperSprouts selama setahun di seluruh negara itu dianjurkan di bawah Program Sukan Sekolah KPM bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk berkembang dan merealisasikan potensi hebat mereka melalui kesihatan, pemakanan dan sukan.

Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM, Ithnin Mahadi berkata, pengambilan pemakanan harian yang betul penting untuk memupuk amalan gaya hidup sihat sejak kecil.

Beliau berkata, ini kerana ia dapat memberi impak dan mengekalkan kesihatan jangka panjang pada anak-anak kita yang sedang membesar.

Katanya, apabila dilengkapi dengan gaya hidup aktif melalui sukan, kita pasti akan dapat melihat hasil yang positif dalam melahirkan generasi yang lebih sihat.

“Kami berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh sektor swasta seperti Yeo’s untuk Program Sukan Sekolah melalui sumbangan tunai dan penajaan produk.

“Dengan inisiatif strategik ini, banyak sekolah dapat menikmati program sukan yang lebih berkesan. Kami juga dapat mendekatkan diri dengan murid dan menggalakkan kecemerlangan dalam sukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yeo’s menaja program sukan di sekolah rendah.

Sebagai sebahagian daripada tajaan Yeo’s untuk Program Sukan Sekolah KPM, sebanyak 300,000 pek Susu Soya Yeo’s SuperSprouts dihantar ke sekolah supaya murid boleh mendapat manfaat daripada nilai pemakanan susu berasaskan tumbuhan ini.

Advertisements

Selain itu, Yeo’s turut memberi sumbangan tunai sebanyak RM200,000 di samping menaja piala pusingan dan ganjaran pencapaian untuk merangsang gaya hidup aktif dan sihat di sekolah secara kolektif.

Yeo’s juga mengadakan aktiviti menarik pada pengaktifan Hari Sukan Sekolah yang terpilih dengan penampilan maskot Yeo’s SuperSprouts bersama trak minuman bergerak, gerbang kembung, antara lainnya, untuk menambahkan lagi keseronokan acara sukan sekolah.

Pengarah Pemasaran Yeo’s Malaysia Renda Low berkata, pihaknya gembira dapat berkongsi minuman berkhasiat untuk kanak-kanak dan menyumbang kepada perjalanan tumbesaran mereka, baik semasa belajar mahupun bermain supaya anak-anak ini boleh menemukan sisi diri mereka yang terbaik.

“Kami menawarkan Susu Soya Yeo’s SuperSprouts™, susu soya berasaskan tumbuhan yang pertama seumpamanya untuk kanak-kanak melalui program ‘Generasi Hebat dengan Yeo’s SuperSprouts™’.

“Minuman ini mengisi keperluan permakanan dengan menawarkan kanak-kanak pilihan minuman bukan tenusu yang berkhasiat dan lazat, terutama untuk mereka yang mengalami masalah intoleransi laktosa.

“Ia secara semula jadi mempunyai kandungan protein yang tinggi dengan kalsium, vitamin dan mineral tambahan untuk menyokong keperluan tumbesaran, imuniti, penghasilan tenaga dan fungsi kognitif pada kanak-kanak yang sedang membesar,” tambahnya.

“Susu soya dikenali sebagai salah satu protein tumbuhan yang lengkap kerana ia mengandungi kesemua sembilan asid amino penting yang sangat diperlukan untuk sintesis protein badan, menjadikannya pilihan bukan tenusu yang optimum untuk kanak-kanak yang sedang membesar,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan