30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Bekas pemain kebangsaan Kanada terajui skuad Harimau Malaya

Mesti Baca

BEKAS pemain kebangsaan Kanada, Robert Douglas Friend diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad kebangsaan, sekali gus akan menerajui struktur organisasi baharu revolusi skuad Harimau Malaya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, Rob Friend juga pernah beraksi dengan beberapa kelab di Eropah dan Amerika Syarikat sebelum bersara pada 2014.

Friend, 44, telah menceburkan diri dalam perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat pelaburan dan hartanah serta syarikat berkaitan sukan dan bola sepak.

“Antara penglibatan terbesar beliau ialah menjadi salah seorang pengasas bersama liga bola sepak profesional Kanada, Canadian Premier League (CPL) dan berjaya meningkatkan nilai liga tersebut dari AS$0 sehingga AS$300 juta dalam tempoh enam tahun.

“Rob Friend juga pernah menerajui kepimpinan tertinggi pengurusan dan pentadbiran dua kelab yang beraksi di CPL iaitu sebagai CEO dan pengasas bersama Pacific FC dari 2019 hingga 2022 serta sebagai Presiden dan pengasas bersama Vancouver FC dari 2022 hingga kini,” kata FAM dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam bidang pengurusan pula, FAM berkata, beliau telah menerajui pebagai organisasi bola sepak dan terlibat dalam pengurusan strategi kelab sehinggga rundingan penajaan dan pengurusan kewangan.

FAM berkata, dengan pebagai pengalaman yang dimiliki sebagai pemain, pengurusan dan perniagaan, Friend diharap mampu memberi satu suntikan baharu dalam menguruskan perancangan dan program membabitkan pasukan kebangsaan terutama skuad senior dan B-23 kebangsaan pada tempoh permulaan ini.

“Rob Friend juga akan memastikan struktur organisasi baharu dilengkapi dengan tenaga-tenaga kerja yang berkualiti dan berpengalaman dalam pelbagai aspek yang diperlukan demi menyediakan satu pasukan kebangsaan yang mantap,” kata FAM.

Friend akan bertugas di Wisma FAM Kelana Jaya bermula Januari.

Sebelum ini di bawah struktur baharu itu, FAM telah mengumumkan Peter Cklamovski dari Australia sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan manakala Nafuzi Zain sebagai jurulatih skuad B-23. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan