30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Malaysia, China tubuh pasukan pakar TVET di bawah MCI

Mesti Baca

MALAYSIA dan China akan menubuhkan pasukan pakar TVET bagi meningkatkan pendidikan dan latihan kemahiran dan vokasional (TVET) di negara ini ke tahap lebih tinggi.

Pengerusi Lembaga Penasihat Malaysia-China Institute (MCI), Manndzri Nasib berkata, penubuhan pasukan pakar tersebut bertujuan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman profesional kedua-dua negara dalam bidang tersebut.

Beliau berkata, kerjasama Malaysia dan China dalam bidang TVET mempunyai potensi besar untuk pembelajaran dan pertumbuhan bersama.

“China, dengan sistem TVET yang mantap dan amalan industri maju, boleh menawarkan pandangan dan amalan terbaik yang berharga untuk meningkatkan kualiti dan kaitan program TVET di Malaysia.

“Dengan memanfaatkan kepakaran pakar China, Malaysia boleh mendapat manfaat daripada metodologi pengajaran yang inovatif, pembangunan kurikulum yang berkaitan dengan industri, dan teknologi termaju yang penting untuk menyediakan pelajar bagi permintaan tenaga kerja moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pendidikan Antarabangsa China 2024 di Pusat Konvensyen Kebangsaan China di Beijing pada Jumaat.

Persidangan anjuran China Education Association for International Exchange (CEAIE) itu merupakan acara tahunan yang disertai lebih 1,500 institusi TVET dari 60 negara.

Advertisements

Turut sama Ketua Belia Mahir, Mohammad Rizan Hassan.

Manndzri berkata, pasukan pakar itu akan ditubuh melalui MCI yang digerakkan bersama oleh Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dan Yang International Education China (Tang).

Sementara itu, Mohammad Rizan berkata, salah satu objektif utama penubuhan pasukan itu adalah untuk memudahkan pertukaran pengetahuan dan pembinaan kapasiti dalam TVET antara kedua-dua negara.

Katanya, melalui bengkel kerjasama, program latihan, dan projek penyelidikan bersama, pakar Malaysia dan China boleh berkongsi kepakaran mereka dan belajar daripada pengalaman masing-masing untuk
memacu peningkatan dan inovasi berterusan dalam sektor TVET.

“Pertukaran ilmu dan amalan terbaik ini adalah penting untuk memupuk budaya kecemerlangan dan pembelajaran berterusan di institusi TVET di seluruh Malaysia,” katanya.

Tambahan pula, jelas beliau, pasukan itu akan memainkan peranan penting di bawah payung MCI dalam menggalakkan persefahaman dan kerjasama silang budaya dalam TVET.

Katanya, dengan menghimpunkan pakar dari pelbagai latar belakang dan pengalaman, pasukan itu boleh membantu memupuk kerjasama dan sinergi yang lebih erat antara profesional TVET Malaysia dan Cina. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan