33.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024

IPO terlebih langganan 84.88 kali bukti Cropmate diyakini pelabur

Mesti Baca

CROPMATE Berhad, pemain utama dalam industri pembuatan baja konvensional dan khusus di Malaysia, mengumumkan Tawaran Awam Permulaannya (IPO) telah terlebih langganan sebanyak 84.88 kali.

IPO Cropmate sebanyak 260 juta saham biasa terdiri daripada Terbitan Awam dengan 210 juta saham biasa baharu dan Tawaran untuk Jualan manakala 50 juta saham lagi melibatkan sebanyak 208.34 juta dipecahkan seperti berikut:

Sebanyak 158.34 juta Saham Terbitan diperuntukkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan terpilih, termasuk 42.25 juta Saham Terbitan yang diluluskan untuk pelabur Bumiputera oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) manakala 50 juta Saham Tawaran diperuntukkan melalui penempatan persendirian untuk pelabur Bumiputera oleh MITI.

Sebanyak 51.66 juta saham IPO pula dengan 36.90 juta Saham Terbitan disediakan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia melalui pengundian, dengan peruntukan yang sama antara pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Manakala 14.76 juta Saham Terbitan dikhaskan untuk permohonanoleh pengarah Syarikat yang layak, pekerja Cropmate dan anak syarikatnya dan orang yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan (Orang Yang Layak).

Advertisements
LEE CHIN YOK


Pengarah Urusan Cropmate Berhad, Lee Chin Yok berkata, syarikat menerima sejumlah 21,392 permohonan untuk 3,169,052,100 Saham Terbitan dengan nilai kira-kira RM633.81 juta telah diterima daripada orang ramai Malaysia, yang mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 84.88 kali.

“Sambutan kukuh terhadap IPO kami mencerminkan kepercayaan yang diberikan pelabur dalamperniagaan dan hala tuju strategik Cropmate.

“Kami berterima kasih atas sokongan padu ini dan teruja untuk meneruskan rancangan kami untuk meningkatkan operasi dan keupayaan perkhidmatan pelanggan kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk baja kami,” katanya.

Beliau menambah, sambutan yang menggalakkan daripada pelabur menggariskan kepercayaan mereka terhadap potensi masa depan Cropmate.

Hong Leong Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Pemilik Buku.
 
Cropmate Berhad dijadualkan membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Securities pada 5 Disember 2024. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Banjir: PMC utamakan kesihatan pesakit sedia ada, kakitangan

PUTRA Medical Centre (PMC) Alor Setar, Kedah memperkukuh komitmen terhadap servis komuniti dengan memberi keutamaan kepada pesakit dalaman dan...

Lagi Artikel Berkaitan