30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Asyraf tekad pastikan MARA tidak ulangi ‘insiden’ 2013, 2014

Mesti Baca

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bertekad dan berazam untuk memastikan tadbir urus dan tatakelola agensi itu berada pada tahap tertinggi agar ‘insiden’ pada 2013 dan 2014 tidak berulang.

Beliau berkata, setiap sen yang diamanah kepada MARA wajib dibelanjakan dengan baik, telus, tidak boros, tidak membazir, tidak tiris dan tidak diselewengkan.

Tegas beliau, bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, MARA memerlukan tadbir urus yang kemas dan tatakelola yang ketat.

“Akhirnya, setiap warga MARA termasuk saya yang paling tertinggi bukan sahaja akan dipertanggungjawabkan di dunia tetapi yang harus ditakuti adalah pertanggungjawaban di hadapan Allah dengan hukuman yang amat dahsyat di akhirat kelak,” katanya hari ini.

Semalam, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati Mara Inc melakukan pembelian hartanah melebihi nilai di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia masing-masing pada 2014 dan 2013.

Advertisements

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pembelian hartanah Beaumont House (London) dan Dudley International House, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street (Melbourne) tidak mendapat kebenaran Kementerian Kewangan ketika itu, namun perkara tersebut dibawa ke Majlis Ekonomi dan telah mendapat kelulusan.

Katanya, kes pembelian hartanah terlebih nilai di Melbourne disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kini masih dalam perbicaraan mahkamah.

Pengerusi MARA ketika itu ialah bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Asyraf Wajdi berkata, komitmen Ahli Majlis MARA yang turut dianggotai bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, pastinya banyak membantu memperkemaskan lagi sistem tadbir urus di MARA.

Ini kerana, katanya, seorang Gabenor Bank Negara mempunyai pengalaman panjang dalam mengurus dan mentadbir institusi dan sistem kewangan di negara ini yang sememangnya terkena mempunyai tadbir urus paling ketat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan