32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 7, 2024

68 guru didik anak-anak rumah amal GISBH secara formal

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan seramai 68 orang guru untuk memberikan pendidikan formal kepada anak-anak rumah amal Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) yang diberi perlindungan pihak berkuasa.

KPM dalam satu kenyataan berkata, program pendidikan khas itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sudah bermula 1 Oktober lalu.

“Program pendidikan ini dirangka khusus untuk memberi akses pendidikan formal dan berstruktur kepada kanak-kanak terlibat bagi mengelakkan keciciran pembelajaran. 

“Seramai 68 orang guru KPM terlibat secara langsung dalam program ini,” kata kenyataan itu hari ini.

KPM berkata, bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan, program tersebut menggunakan Kit Program Transisi Tahun 1 dan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA). 

Advertisements

Katanya, kit tersebut memberi penekanan kepada aspek sosioekonomi, kognitif dan fizikal kanak-kanak bagi membina keyakinan diri dan seterusnya sebagai persediaan holistik termasuk penguasaan literasi dan numerasi.

“Modul yang digunakan turut menerapkan elemen yang dapat meningkatkan kesedaran tentang potensi diri serta memupuk keseimbangan kanak-kanak ini dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek (JERSI).

“(Ini) sebagai persediaan untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran secara positif dan seterusnya mempersiapkan mereka untuk menghadapi suasana pembelajaran baharu,” katanya.

Kata KPM, langkah itu diambil selaras dengan agenda Pendidikan Manusiawi dan pihaknya komited memastikan kanak-kanak terlibat mendapat peluang pendidikan terbaik dan tiada yang terpinggir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SME Corp, Monsha’at Arab Saudi jalin kerjasama, kongsi maklumat

SME Corp. Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Am Perusahaan Kecil dan Sederhana (Monsha'at) Arab Saudi bagi...

Lagi Artikel Berkaitan