25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Sijil halal: Akmal sahkan dipanggil beri keterangan esok

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh mengesahkan bahawa beliau dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pagi esok berhubung kenyataannya berhubung isu sijil halal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, beliau sama sekali tidak gentar dengan laporan polis yang dibuat ke atasnya berhubung isu tersebut.

“Insya-Allah esok saya akan dipanggil ke IPD Jasin jam 10 pagi untuk disoal siasat atas laporan polis yang dikenakan ke atas saya mengenai isu kenyataan sijil halal yang dikeluarkan oleh Teresa Kok sebelum ini.

“Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, jika takut dengan cabaran jangan sesekali dipanggil pejuang

Advertisements

“Untuk saya menyerah kalah tidak sama sekali apa lagi untuk saya memohon maaf.

“Kerana saya diajar untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air saya walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa saya sendiri.

“Kamu yang buat hal, kamu yang nak play victim pulak. Kita jumpa di mahkamah!,” katanya menerusi Facebooknya malam ini.

Pada 12 September lalu, DAP Sarawak membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Akmal yang didakwa boleh menyebabkan perpecahan kaum di Malaysia termasuk di Sarawak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan