26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Pas tak perlu ajar UMNO, berbeza pendapat bukan tabu

Mesti Baca

PAS tidak perlu mengajar UMNO agar keluar daripada kerajaan Perpaduan semata-mata berbeza pendapat, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, berbeza pendapat secara terbuka antara satu dua pemimpin bukan lagi tabu namun apa yang penting dalam Kabinet segala masalah akan dirunding bersama.

Sehubungan itu, beliau menggesa Pemuda Pas tidak membuang masa mencabar UMNO untuk meninggalkan kerajaan Perpaduan memandangan selama ini partinitu serius mempertahankan kesucian Islam.

“UMNO terbukti konsisten dan tegas dalam isu Melayu dan Islam. UMNO tidak berkompromi dalam isu stokin, isu logo halal hatta UMNO menolak kampung baru jadi tapak warisan. 

“UMNO sudah buat keputusan kekal dalam kerajaan perpaduan. Ia lebih baik dari kerajaan PN. UMNO tidak dirundingi bila (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) gantung Parlimen. Pas pula jadi pak turut,” katanya hari ini.

Advertisements

Semalam, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamuddeb mencabar UMNO meninggalkan kerajaan perpaduan jika parti itu serius mempertahankan kesucian agama Islam.

Beliau berkata, UMNO tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya sebagai ahli gabungan pemerintah, terutama daripada DAP. 

Mohd Puad berkata, UMNO sudah mempunyai pengalaman meninggalkan kerajaan sekiranya perlu ketika bersama kerajaan pimpinan Muhyiddin sebelum ini.

“Bila Kerajaan Muhyiddin keras kepala, UMNO tanpa kompromi tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin. Tidak perlu ajar UMNO,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan