29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Selepas 18 tahun, New Zealand uji Harimau Malaya Oktober ini

Mesti Baca

SKUAD Harimau Malaya berpeluang menguji kekuatan mereka bertemu skuad All White,  New Zealand dalam aksi persahabatan yang dijadualkan berlangsung pada 14 Oktober ini.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua pasukan akan bertemu selepas kali terakhir 18 tahun lalu.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang pasukan ranking ke-94 dunia itu akan berlangsung di Stadium North Harbour, Auchland.

“Kali terakhir skuad Harimau Malaya bertemu New Zealand ialah 18 tahun yang lalu iaitu ketika skuad yang dibimbing Norizan Bakar ketika itu tewas 1-0 pada aksi persahabatan pertama di Christchurch pada 19 Februari 2006 dan tewas 2-1 pada aksi persahabatan kedua di Auckland pada 23 Februari 2006,” kata FAM dalam kenyataan hari ini.

Perlawanan tersebut bakal berlangsung dalam Kalendar Antarabangsa FIFA iaitu mulai 7 sehingga 15 Oktober 2024.

Advertisements

Skuad Harimau Malaya yang ketika ini berada di ranking ke-134 dunia sebelum itu berpeluang memperbaiki mata ranking FIFA apapabila berdepan pasukan ranking ke-147 dunia, Filipina pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka pada 4 September.

Jika menang ke atas Filipina, anak-anak buah Pau Marti berpeluang bertemu pemenang antara Tajikistan (ranking 103) dan Lubnan (116) di pentas final.

Pestabola Merdeka merupakan ujian pertama Pau Marti sejak dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya menggantikan Kim Pan-gon yang meninggalkan skuad kebangsaan bulan lalu.

Kemas kini Ranking FIFA seterusnya ialah pada 19 September 2024. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan