25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Enam wanita asing jadi mangsa eksploitasi seks diselamatkan

Mesti Baca

ENAM wanita asing yang menjadi mangsa eksploitasi seks berjaya diselamatkan dalam satu operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah premis rumah kedai di Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Mereka terdiri daripada lima wanita Vietnam serta seorang warga Thailand manakala seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai handler dan captain ditahan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, modus operandi sindiket adalah dengan menjanjikan peluang pekerjaan yang sah, namun telah dieksploitasi sebagai pekerja seks sebaik tiba di negara ini.

“Sindiket mempromosi wanita warga asing ini melalui aplikasi dalam talian di mana wanita yang dipilih akan diuruskan langganannya di premis tersebut.

Advertisements

“Sindiket telah mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada mengeksploitasi mangsa dengan mengenakan kadar bayaran sebanyak RM240 bagi sejam langganan, sebaliknya mangsa hanya diberikan upah sebanyak RM100 bagi tempoh tersebut,” katanya, semalam.

Ruslin berkata, pergerakan kesemua wanita ini terbatas dan dikawal sepenuhnya oleh handler terbabit.

Katanya, makanan juga hanya dipesan melalui aplikasi Grabfood, tidak dibenarkan keluar untuk mendapatkan barangan keperluan diri dan pasport turut dipegang oleh sindiket berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan