29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Pukat tunda: EAIC beri perhatian aduan nelayan pantai

Mesti Baca

SURUHANJAYA Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) komited memastikan integriti dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang terhadap isu melibatkan alam sekitar dan kesejahteraan nelayan pantai di negara ini.

Sehubungan itu Pengerusi EAIC, Tan Sri Ismail Bakar berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan berkaitan khususnya Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam menangani isu-isu perikanan dan perairan negara.

Beliau berkata, ini bagi memastikan langkah-langkah yang diambil adalah selaras dengan perundangan yang berkuat kuasa. 

“Langkah ini penting untuk memastikan keselamatan, keadilan dan ketelusan dalam operasi di lapangan serta memelihara integriti negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sebelum itu beliau menerima memorandum daripada Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring) berhubung isu-isu yang mengancam alam sekitar dan kehidupan nelayan pantai di Malaysia hari ini. 

Advertisements

Memorandum tersebut menuntut tindakan segera untuk menghentikan penggunaan pukat tunda yang telah mengakibatkan kekurangan sumber perikanan dan menimbulkan konflik dengan nelayan pantai. 

Pihak Jaring juga menggesa agar isu-isu pengurusan dan penguatkuasaan oleh jabatan dan agensi yang mengawal selia perairan dan perikanan negara dipertingkatkan.

Jaring diwakili oleh Pengerusinya, Che Ani Mat Zain yang hadir bersama Timbalan Pengerusi, Mohd Faizal Mohd Zabri.

Ismail mengakui kepentingan isu-isu yang dibangkitkan oleh Jaring dan akan meneliti setiap cadangan yang telah dikemukakan bagi mencari penyelesaian yang menyeluruh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan