31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024

Malaysia sedia bantu kembalikan keamanan di Bangladesh – Anwar

Mesti Baca

MALAYSIA menyatakan kesediaannya membantu Bangladesh untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan ke arah pembangunan semula negara itu.

Kesediaan Malaysia itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Ketua Penasihat kepada Kerajaan Sementara Bangladesh, Muhammad Yunus.

Anwar malam tadi telah membuat panggilan telefon kepada Muhammad Yunus yang juga sahabat lama beliau bagi mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut.

“Prof. (Muhammad) Yunus mempunyai sejarah hubungan yang baik dengan Malaysia. 

“Justeru, saya telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu,” katanya hari ini.

Perdana Menteri turut menyatakan kegembiraannya atas jaminan yang diberikan Muhammad Yunus untuk melindungi dan memberi layanan saksama kepada semua warga Bangladesh termasuk golongan minoriti.

Advertisements

Katanya, Muhammad Yunus turut menjemput beliau melakukan lawatan pendek ke Bangladesh dalam masa yang terdekat bagi mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara kedua-dua negara.

Muhammad Yunus yang juga Pemenang Hadiah Nobel Tunggal Bangladesh mengangkat sumpah sebagai Ketua Kerajaan Sementara negara itu pada Khamis.

Ia berlaku selepas beberapa minggu protes yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Perdana Menteri Sheikh Hasina.

Majlis mengangkat sumpah berlangsung di pejabat Presiden Mohammed Shahabuddin di ibu negara Dhaka.

Berikutan peletakan jawatan perdana menteri, ketua tentera Bangladesh Jeneral Waker-Uz-Zaman mengumumkan sebuah kerajaan peralihan akan dibentuk untuk mentadbir negara.

Pada Selasa, Shahabuddin turut membubarkan parlimen negara itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara ekonomi gig, minat belajar dan pendidikan tinggi

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NIK AZMAN PADA masa kini, ekonomi gig telah berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh...

Lagi Artikel Berkaitan