25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Harga runcit diesel turun 5 sen bagi Semenanjung – MOF

Mesti Baca

HARGA runcit diesel turun sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter bagi Semenanjung Malaysia bagi tempoh 8 Ogos hingga 14 Ogos.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, penurunan harga bahan bakar itu selaras dengan trend penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.

“Seperti sedia maklum, kerajaan pada 10 Jun 2024, telah mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel di bawah inisiatif Budi Madani.

“Serentak dengan pengumuman tersebut, Kerajaan telah bersetuju untuk menetapkan harga runcit diesel RM3.35 seliter berbanding RM2.15 seliter sebelum ini.

Advertisements

“Seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak, kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.30 seliter bagi tempoh 8 Ogos 2024 hingga 14 Ogos 2024,” kata kenyataan itu malam ini.

MOF berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Bagaimanapun RON97, RON95 serta harga runcit diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 sen.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan