Wednesday, July 22, 2026

Zahid seru UMNO di semua peringkat bangkit berjuang

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru kalangan UMNO di semua peringkat agar bangkit berjuang dan mengembalikan maruah perjuangan agar kembali mencapai kemenangan.

Presiden UMNO itu berkata, kekalahan tidak sewajarnya menjadi asbab sama sekali untuk mereka melayan kekecewaan, berputus asa dan meratapi apa yang berlaku sehingga berpanjangan.

“Saya mahu semua kepimpinan memikirkan solusi dan mencipta resolusi menyelesaikan segala permasalahan serta merencana aspirasi parti dalam menelusuri dinamika politik hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, Terengganu hari ini.

Hadir sama Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Para perwakilan yang memenuhi dewan pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Sambil berkata beliau sangat memahami iklim dan suasana politik Terengganu khususnya di Kuala Nerus, Zahid yakin masa kebangkitan UMNO di bahagian itu sudah tiba.

“Saya yakin sekarang adalah masa kebangkitan buat UMNO Kuala Nerus berbekal semangat yang jitu, daya tahan dan daya saing yang tinggi. Ayuh, terus bersama rapatkan saf dan bersatu padu.

“Muhasabah kita pada hari ini pasti akan membawa kepada kejayaan pada hari esok. Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu dalam sidang medianya, Zahid yakin tidak ada mana-mana Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) yang beralih sokongan kepada pembangkang susulan keputusan Speaker Dewan Rakyat yang mengekalkan kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, tiada keperluan untuk mereka memberi sokongan kepada pembangkang meskipun mereka mempunyai alasan politik tersendiri.

“Pelbagai tafsiran (dakwaan alih sokongan) namun saya yakin bahawa itu tidak akan berlaku.

“Mengapa perlu menyokong pihak pembangkang walaupun mereka ada alasan-alasan politik dan ini tidak akan berlaku. Insya-Allah ianya tidak akan berlaku keadaan begitu,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan