Tuesday, July 21, 2026

Betulkah Terengganu FC belum terima wang penajaan?

Mesti Baca

APAKAH benar naib juara Piala FA musim 2022, Terengganu FC belum menerima sebarang bayaran penajaan daripada penaja utama pasukan itu musim ini?

Perkara itu menjadi bualan dalam kalangan peminat dan penyokong TFC apabila terdapat dakwaan yang menyatakan kelab tersebut masih belum menerima wang penajaan daripada syarikat berkenaan.

Walhal Liga Malaysia sudahpun bermula dan gaji para pemain perlu dibayar manakala logo produk syarikat berkenaan sudah digunakan secara meluas dalam kempen promosi TFC.

“Mana wang penajaan? Ini memang betul-betul nak pemasaran percuma dan maki percuma. Nama nak duduk depan?,” kata salah satu Facebook penyokong TFC, Ultras Tranung.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, syarikat berkenaan menaja sebanyak RM3 juta bagi musim 2024/2025.

Malahan Ultras Tranung berkata, pihaknya difahamkan penaja utama musim lalu juga didakwa baharu mula membuat bayaran secara ansuran tahun ini, yang sepatutnya sudah dilunaskan tahun lalu.

Sehubungan itu, kumpulan penyokong Penyu tersebut memberi amaran terhadap syarikat berkenaan sekiranya berlakunya kegagalan TFC untuk membayar gaji pemain, pihaknya akan bertindak.

“Kalau gaji pemain sangkut, kamu bersiap sedia. Kamu tak kenal lagi kegilaan penyokong Terengganu. Nak naikkan boleh, nak jatuhkan pun boleh. Kamu pilih,” kata pentadbir Facebook tersebut.

Pada Mei lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim mengesahkan TFC berjaya menarik penajaan berjumlah RM8.332 juta daripada keseluruhan 22 penaja untuk musim 2024-2025.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.310 juta bagi tajaan wang tunai manakala RM2.022 dalam bentuk perkhidmatan bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Bulan lalu, TFC membatalkan perjanjian dan memulangkan wang penajaan bernilai RM1.5 juta dengan sebuah syarikat bagi kejohanan Piala Shoppe AFF berikutan mendapat bantahan daripada para penyokong pasukan Pantai Timur itu.

TFC berkata, pembatalan itu dibuat agar kelab dapat mengharungi pelbagai cabaran mendatang tanpa sebarang isu setelah banyak tohmahan muncul terhadap pasukan susulan tajaan itu. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan