31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

DAP lebih sudu daripada kuah membela KK Mart – Puad

Mesti Baca

DAP dikatakan ‘lebih sudu daripada kuah’ dalam membela KK Mart yang terpalit dengan kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, para pemimpin DAP nyata mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menitahkan agar isu tersebut dihentikan.

Terbaharu, katanya, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharin Ali pula menuduh tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh membenihkan ekstremisme.

Ini susulan dua kejadian melempar bebola api ke atas premis KK Mart masing-masing di Bidor, Perak dan Kuantan, Pahang pada 26 dan 30 Mac lalu.

“Tahukah Sheikh Umar, Starbucks dan McD (McDonald’s) juga diboikot. Tetapi tidak pula dilempar dengan bola api. Itu sebab kita sangsi siapa sebenarnya yang lempar bola api pada KK Mart.

“Bukan sahaja PDRM (Polis Diraja Malaysia) tetapi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga kena ikut menyiasat. Mungkin ada parti politik berkepentingan. Membisu macam ‘nak rak’. Sokong pula macam ‘nak rak’ juga,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu menggesa PDRM melakukan siasatan secara telus dan menyeluruh berhubung dua kejadian melempar bola api ke arah premis KK Mart.

Katanya, siasatan itu bagi memastikan sama ada insiden tersebut perbuatan provokasi agar pihak yang memboikot dipersalahkan dan dililhat jahat atau sebaliknya.

“PDRM mesti siasat secara telus dan menyeluruh. Kita tidak boleh tolak unsur blaming the victim. Pihak yang memboikot dijadikan mangsa. Semoga yang memboikot istiqamah dan kekal matang,” katanya juga menerusi Facebooknya.

Sebelum ini, Akmal yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka menggerakkan kempen memboikot rangkaian kedai serbaneka milik KK Supermart & Superstore itu susulan penjualan stoking terteka kalimah Allah di premisnya di Bandar Sunway.

Ekoran itu, tiga menteri daripada DAP bangkit mempertahankan KK Mart setelah pemiliknya memohon maaf atas insiden yang dianggap tidak disengajakan itu dan menggesa Akmal menghentikan kempen memboikot.

Bagaimanapun, Akmal tidak menendahkannya sebaliknya terus menggesa orang ramai terutama umat Islam memboikotnya dengan alasan demi kesucian agama Islam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan