26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Sultan Pahang dukacita portal salah lapor titah baginda

Mesti Baca

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita (bukan Edisi 9) yang bertajuk ‘Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan Pas’ yang disiarkan Jumaat lepas.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, baginda bertitah laporan tersebut ternyata bersifat fitnah dan boleh memberikan implikasi negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana tidak harmoni dalam masyarakat.

“Paduka Baginda menegaskan bahawa titah Baginda ketika sesi Taklimat Pembangunan Daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran itu tidak seperti yang dilaporkan portal berita berkenan.

“Kenyataan Paduka Baginda itu tidak ditujukan kepada mana-mana parti politik dan bersifat secara umum.

“Ia memberi maksud mengingatkan supaya masjid yang merupakan tempat ibadat buat umat Islam sentiasa dipelihara kesuciannya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, baginda mengingatkan semua pengamal media sama ada media cetak atau media elektronik untuk meneliti dan memperhalusi setiap berita sebelum membuat interpretasi yang boleh menyimpang atau tersasar dari maksud sebenar.

“Etika kewartawanan perlulah dipatuhi pada setiap masa,” katanya.

Portal berkenaan yang memetik daripada klip video yang tular melaporkan, Al-Sultan Abdullah memberi amaran kepada rakyat Pahang agar tidak mengamalkan perkara yang disebarkan oleh Pas seperti amalan takfiri dan sembahyang dua imam.

“Penyakit-penyakit lama harus diharamkan. Antaranya seperti sembahyang dua imam, kafir-mengkafir. Saya bagi amaran di sini, mana-mana masjid yang membenar ini terpaksa ambil tanggungjawab,” lapor media tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan